Karnival Gaya Hidup Digital @ Eco Venture Semenyih
30 Dis 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dianjurkan oleh gabungan usahasama Pusat Internet 1 Malaysia Wilayah Tengah (4 PI Putrajaya, PI Semenyih dan PI Linggi) bagi memberi pengetahuan dan maklumat tentang kemudahan-kemudahan dan latihan-latihan yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia kepada orang awam. Program ini adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat serta pengunjung untuk menggunakan internet yang disediakan untuk mengemaskini maklumat BR1M di tempat mereka. Program ini turut mendapat sambutan orang-orang yang berada di pendalaman dan turut serta di dalam aktiviti-aktiviti program.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
Kebaikan menghadiri karnival ini ialah masyarakat setempat dan pengunjung dapat menggunakan kemudahan wifi yang disediakan untuk belajar cara-cara yang selamat menggunakan internet.Pengunjung-pengunjung juga diperkenalkan dengan e-klass yang disediakan oleh Maxis secara percuma kepada komuniti.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
-Klik Dengan Bijak
-Keusahawanan dan aktiviti-aktiviti di booth
-Keusahawanan – Intel learning step
-Kemaskini BR1M
-E-waste
-Perpustakaan awam Semenyih
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: